Bosan punya pasal harini buat polkadot plak..
Taktau lah apa rasanya,asal boleh makan sudah la...
Ni antara bahan² yang aku gunakan
3 biji telur ayam*
1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aku kurangkan ½*
1 sudu ovelet*
Pewarna kesukaan
Esen vanila
Filing jem aku pakai strawberi
Cara membuatnya
Pukul semua bahan bertanda sampai kembang,gebu n ringan.. Lepas tu masukkan sikit esen vanila diikuti jugak dengan susu cair dan tepung..
Bile dah sebati,bahagikan pada beberapa bahagian dan letakkan pewarna..
Masukkan papercup dalam bekas acuan kuih lompang kemudian paipkan adunan letak filing jem dan tutup inti filing jem tu sampai penuh kemudian titikkan adunan yang bewarna lain atas adunan tadi..
Ulang perkara yang sama sampai siap..
Kukus selama 10minit,aku guna api besar dan tudung periuk di balut dengan tuala masa mengukus..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Taip Sini