Cukop bekenan sungguh aku ngan kaler ijau.. minggu lepas aku buat kuih ketayap ijau.. arini roti jala pulak kaler ijau.. Hehe..
Tanpa buang masa jom lah jenguk resepi dia kejap..
ROTI JALA
250gm tepung gandum
500ml santan nak guna susu pon boleh tp kena tambah 2 sudu butter la
2 biji telur gred C
Pewarna hijau
Pandan emulco
1 sudu tea garam
Blender semua sekali sampai betul² lumat..
Tapis..kemudian masukkan dalam botol acuan roti jala dan boleh la mula menjala..
Gunakan kuali non stik utk memudahkan proses menjala dan terus mengulung atau lipat ikut lah nak macam mana..
Buat sampai siap..
Utk kuah serawa duriannya pulak
Beberapa ulas durian
300ml Santan pekat
300ml air
½ cawan Gula perang
Sebelah gula kabung
2 helai daun pandan diikat
Cairkan gula kabung dengan gula merah dgn air yg dah pon mendidih...
Terus masukkan daun pandan,durian n jugak pati santan tadi.. Bile dah agak pekat boleh la letak garam dan gula kacau bagi sekata terus tutup api..
Kami suami isteri memang suka makan roti jala,selalunya kuah kari tapi harini kes nak clearkan peti sejuk aku pon buat la kuah serawa durian.. buat pulak pekat² memang fabulous marbles kate ko hahaha😁😁😁
Okey,setakat ni je dulu nanti sambung lagi dengan cerita yang lain plak.. Semestinya dalam Ini kisah ku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Taip Sini