Agak boring sikit harini sebab tak tau nak masak apa..
Jadi bile dah dekat tengahari mula lah nak selak² resepi n last² terfikir la nak buat Nasi Hujan Panas..
Akibat gamba talipon tak berapa nak cantik,gambar nasik hujan panas pon dah tak nampak macam nasi hujan panas 😜😜
Nak share resepi Nasik Hujan panas..
2 cawan beras (aku guna beras biasa je,sbb tu je yang ada)
½ cawan susu cair
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Kulit kayu manis
Bungga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
1 sudu makan butter
1 sudu makan minyak sapi
Daun pandan
2 cawan air
garam(aku tak letak)
sedikit kismis,bawang goreng,daun bawang dan kacang badam atau gajus sebagai hiasan diatas nasi..
1) Basuh beras.
2) Panaskan butter dengan minyak sapi.
3) kisar halus bahan bertanda kemudian tumis.
4) masukkan sekali rempah 4 sekawan di atas tu 👆tumis sampai naik bau n kemudian tutup api
5) campurkan bahan tumisan tadi dalam periuk berisi beras yang dah siap basoh.
6) masukkan susu cair,air dan daun pandan.. On rice cooker & biarkan sampai ianya masak...
7) Bila nasik dah masak colet siket pewarna hijau,kuning,merah& biru atas nasi..
8) biarkan selama 10 ke 15 minit atau bile dah agak kurang panas, barulah di gembur²kan nasik dan hasilnya tadaaaaaa... Nasik ujan panas dah siap,boleh la hias dan hidang dengan lauk kari ataupon ayam masak merah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Taip Sini