Asalnya niat di hati nak buat roti arab cicah kari ayam.... Badan pon tak berapa nak sihat,makan yang simple² saje udah la kan.. Tapi lain pulak yang jadik nampaknya...
Ahahaha 😂😂😂
Ceritanya macam ni..
Masa tengah menguli tepung ni tadi,aku rasa adunan aku tu nampak macam terlampau cair. Nak tambah tepung.. Tepung pulak abes...
Maka aku pon macam berserah jelah masukkan tepung yg lembik tu dalam loyang dah siap sapu minyak.. Tabur bijan siket.. Dalam hati kata kalo jadi roti jadilah,tak jadi pon tak apelah..Nak buat macam mana.
Lepas hubby balik isyak kat surau dia tanya "roti dah siap ke mama" haha sori hubby memang pangil aku "mama" sejak dari lepas kawen dulu... Upsss🙊🙊🙊
Mendengarkan soalan dia tu aku pon terus bakar,kesian sampai tertidur menunggu roti siap dibakar...
Bile dah siap,hubby rasmikan dlu.. Agak gebu jugak roti aku ni,boleh tahan lembut walaupon tak uli guna "bread maker" mahal..Lain kali boleh cuba buat sekali lagi guna adunan macam tadi..Hehehe Rasa macam nak share resepi lah...
Roti
2 cawan tepung gandum
1 sudu tea bread improved
1 biji telur ayam
1 cawan air suam
1 sudu tea garam
1 sudu makan majerin(aku guna buttercup)
Aku campur semua bahan dalam 1 bekas kemudian kacau sebati..
Jangan risau adunan ni nampak macam cair tapi bile dah lama² dia akan okey dengan sendirinya..
Aku tabur bijan sebagai hiasan atas roti..Tapi kalo letak hirisan badam tambah pulak dengan flower sheet mesti nampak lagi meriah..
Bakar selama 30 minit gunakan suhu 180°c (lepas ni kalo buat pastikan pakai loyang beso siket baru doh tak jadi tinggi mengunung masa membako)
Butterscotch
½ cawan susu cair
5 sudu makan gula perang
1 sudu esen vanila
50gm buttercup
Panaskan gula perang jangan sampai hangus,sesudah cair terus masukkan susu cair n esen vanila..Biarkan sampai mendidih kejap. Tutup api dan masukkan butter kacau sampai buter tu cair..Boleh terus tuang atas roti yang dah siap di bakar..
Alhamdullilah,kenyang makan roti malam ni..
Selamat malam😴😴😴😴😴
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Taip Sini