28 Ogos, 2015

BERHUTANG MENGIKUT KEPERLUAN ATAU IKUTKAN NAFSU



Entri kali ni lain pada yang lain..

Ia pasal HUTANG
Beberapa bulan lepas dalam asik becakap takmo berutang,di sebabkan 1 insiden terpaksa jugak berhutang kat Ar-rahnu yapiem,hehe.. Ahamdulillah dah bayar balik pon hutang tu.. Lega kot hutang dah bayar...
Takutnya aku kalau mati nanti tapi masih dalam keadaan berhutang,"roh tak lepas selagi hutang belum di lunaskan" dan kesian husband terpaksa bayarkan sudah la semasa hayat banyak buat dosa n dia yang menangung,di tambah plak dengan berhutang.. Kalau sayang husband jangan bebankan husband dengan hutang elaklah diri dari godaan nafsu hutang..Moga² allah panjangkan umur kita dan murahkan rezeki kita supaya kita dapat bayar hutang² kita dimuka bumi ni selagi masih ada hayat..Amin..
Yang baik itu datang dari Allah s.w.t yang buruk itu datang dari diri kita sendiri..

Nak share sikit petikan ni..
 ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

l-Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2-Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3-Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas..”
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –

Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.


27 Ogos, 2015

Special from hubby



Hari selasa aritu hubby kena keje luo.

Macam biase lah tiap² kali keje luo mesti dapat sesuatu n selalunya Donat la baju la kan tapi kalini mcm ade something more special di sebalik donat tu,hehehe kata org rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari dah org bagi kita amek jela n tak kisah la harganya mahal ke murah ke,cantik ke idok ke,bila org dah bagi kita terima jela dengan rela hati dan menghargainya...

Dah lama aku tak dapat kejutan macam ni sebenarnya,kalo terkejut² tu selalu hehe..Taon ni, ini yang pertama rasanya.. Apa² pon thank you kat hubby 😘😘


Donat tu memang tak pernah lupa..

Kata org jika suami bekerja jaoh dan balik belikan seusatu untuk kamu itu tandanya dia tak pernah terlupa isteri... jadi pada isteri² kat luar tu termasuklah diri ni sendiri,relakan lah kalo suami jika dia di tugaskan keluar kawasan jangan nak masam² muka pulak..
Boleh dikatakan semua org yg berkerja pakai Aplikasi masej percuma topap sekali internet sebulan.. Jadi jangan jadikan alasan untuk tidak bermasej dengan pasangan kamu sendiri..

Kalo suami balik tak belikan gift jangan ingat suami tak sayang,tak ingat isteri pulak.. Sebaliknya bersyukurlah sebab dia dah balik dengan kesihatan yang baik mampu bercerita masa dia di sana kepada kamu..

Fikirkan yang baik² tentang pasangan kamu maka yg baik² jugalah akan datang kepada kamu"

Hehehe peace yo ✌✌✌

18 Ogos, 2015

My Tiramisu

Berkat kerajinan harini dapat la sebekas tiramisu yg dah lama angan² nak buat tapi tak buat² sebab banyak naw² halangannye...Kihkihkih😝😝😝

Mula² belajar buat yang simple² dulu,nanti²  buat yang susah² pulak sebab setau aku resepi tiramisu ni pelbagai..
Tanpa membuang masa jom aku nak share bahan²yg aku gunakan dalam tiramisu yang ku buat nih😁😁

TIRAMISU

Biskut jejari
½ cawan Air kopi
250gm non diary whipping cream (aku pakai jenama mauri)
250gm cream cheese (aku pakai tantura)
1 sudu makan gula castor
1 sudu tea esen vanila

1) pukul cream cheese dgn gula kastor sampai gebu ketepikan, pukul pulak whipping cream sampai gebu n kembang kemudian masukkan dalam adunan cream cheese tadi terus kaup balikkan supaya adunan sebati..
2) Celup biskut jejari dalam air kopi,cukup sekadar membasahkan dia je jangan lama² nanti jd lembik pulak..
3) susun dalam bekas Dan letakkan adunan cream cheese kat atas biskut jari,ratakan dan tabur serbuk koko kat atasnya..
4) ulang semula proses celup n letak cream tu ikut bekas korang..
5) Proses last tu boleh la di hias ikut kesukaan masing²...Simpan dalam peti sejuk sebelum di makan..

17 Ogos, 2015

Roti homemade cicah sos butterscotch

Asalnya niat di hati nak buat roti arab cicah kari ayam.... Badan pon tak berapa nak sihat,makan yang simple² saje udah la kan.. Tapi lain pulak yang jadik nampaknya...

Ahahaha 😂😂😂
Ceritanya macam ni..
Masa tengah menguli tepung ni tadi,aku rasa adunan aku tu nampak macam terlampau cair. Nak tambah tepung.. Tepung pulak abes...
Maka aku pon macam berserah jelah masukkan tepung yg lembik tu dalam loyang dah siap sapu minyak.. Tabur bijan siket.. Dalam hati kata kalo jadi roti jadilah,tak jadi pon tak apelah..Nak buat macam mana.

Lepas hubby balik isyak kat surau dia tanya "roti dah siap ke mama" haha sori hubby memang pangil aku "mama" sejak dari lepas kawen dulu... Upsss🙊🙊🙊

Mendengarkan soalan dia tu aku pon terus bakar,kesian sampai tertidur menunggu roti siap dibakar...
Bile dah siap,hubby rasmikan dlu.. Agak gebu jugak roti aku ni,boleh tahan lembut walaupon tak uli guna "bread maker" mahal..Lain kali boleh cuba buat sekali lagi guna adunan macam tadi..Hehehe Rasa macam nak share resepi lah...

Roti

2 cawan tepung gandum
1 sudu tea bread improved
1 biji telur ayam
1 cawan air suam
1 sudu tea garam
1 sudu makan majerin(aku guna buttercup)

Aku campur semua bahan dalam 1 bekas kemudian kacau sebati.. 
Jangan risau adunan ni nampak macam cair tapi bile dah lama² dia akan okey dengan sendirinya..
Aku tabur bijan sebagai hiasan atas roti..Tapi kalo letak hirisan badam tambah pulak dengan flower sheet mesti nampak lagi meriah..
Bakar selama 30 minit gunakan suhu 180°c (lepas ni kalo buat pastikan pakai loyang beso siket baru doh tak jadi tinggi mengunung masa membako)

Butterscotch

½ cawan susu cair
5 sudu makan gula perang
1 sudu esen vanila
50gm buttercup

Panaskan gula perang jangan sampai hangus,sesudah cair terus masukkan susu cair n esen vanila..Biarkan sampai mendidih kejap. Tutup api dan masukkan butter kacau sampai buter tu cair..Boleh terus tuang atas roti yang dah siap di bakar..

Alhamdullilah,kenyang makan roti malam ni..
Selamat malam😴😴😴😴😴

14 Ogos, 2015

Roti jala serawa durian

Cukop bekenan sungguh aku ngan kaler ijau.. minggu lepas aku buat kuih ketayap ijau.. arini roti jala pulak kaler ijau.. Hehe..

Tanpa buang masa jom lah jenguk resepi dia kejap..

ROTI JALA

250gm tepung gandum
500ml santan nak guna susu pon boleh tp kena tambah 2 sudu butter la
2 biji telur gred C
Pewarna hijau
Pandan emulco
1 sudu tea garam

Blender semua sekali sampai betul² lumat..
Tapis..kemudian masukkan dalam botol acuan roti jala dan boleh la mula menjala..
Gunakan kuali non stik utk memudahkan proses menjala dan terus mengulung atau lipat ikut lah nak macam mana..
Buat sampai siap..

Utk kuah serawa duriannya pulak

Beberapa ulas durian
300ml Santan pekat
300ml air
½ cawan Gula perang
Sebelah gula kabung
2 helai daun pandan diikat

Cairkan gula kabung dengan gula merah dgn air yg dah pon mendidih...
Terus masukkan daun pandan,durian n jugak pati santan tadi.. Bile dah agak pekat boleh la letak garam dan gula kacau bagi sekata terus tutup api..

Kami suami isteri memang suka makan roti jala,selalunya kuah kari tapi harini kes nak clearkan peti sejuk aku pon buat la kuah serawa durian.. buat pulak pekat² memang fabulous marbles kate ko hahaha😁😁😁

Okey,setakat ni je dulu nanti sambung lagi dengan cerita yang lain plak.. Semestinya dalam Ini kisah ku..

Oreo cheese kek

Ni first time aku buat lepastu first time makan sampai puas sebab buat sendiri..
Sedap tu ofcoz la.. Hahaha,angkat bakul masuk sendiri nampakkkkk 😜😜

Antara bahan²nye aku gunakan

2 bungkus oreo (di kisar halus)
50gm butter (batter cairkan dlu sbb senang nak nguli nanti)
Gaul kedua² bahan ni sampai sebati kemudian letak dalam bekas atau acuan tekan² siket bagi padat..simpan dalam peti sejuk.

Utk cream keju..

1 ketul cream cheese jenama tantura 250gm
Susu cair 1 cawan atau blh di gantikan dengan whiping cream
1 cawan gula castor
Esen vanila
Sikit perahan lemon
Agar² serbuk 50gm
Air (aku agak² je tapi jangan banyak agak² dalam 1 cawan je )

Pukul cream cheese,gula,esen vanila,dan lemon sampai kembang lepas tu baru blh letak whiping cream atau susu cair sampai kembang..
dan masukkan serbuk agar² tadi dalam air panas atau mendidih. kacau sebati,tutup api dan terus masukkan adunan cheese tadi dalam periuk berisi agar² tadi... Kacau sampai adunan cheese sebati dengan agar²..
Tuang dalam bekas yg berisi biskut oreo td.. Biarkan sejuk baru boleh potong..

01 Ogos, 2015

Apam polkadot lagi

Bosan punya pasal harini buat polkadot plak..
Taktau lah apa rasanya,asal boleh makan sudah la...

Ni antara bahan² yang aku gunakan

3 biji telur ayam*
1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aku kurangkan ½*
1 sudu ovelet*

Pewarna kesukaan

Esen vanila 

Filing jem aku pakai strawberi

Cara membuatnya

Pukul semua bahan bertanda sampai kembang,gebu n ringan.. Lepas tu masukkan sikit esen vanila diikuti jugak dengan susu cair dan tepung..
Bile dah sebati,bahagikan pada beberapa bahagian dan letakkan pewarna..

Masukkan papercup dalam bekas acuan kuih lompang kemudian paipkan adunan letak filing jem dan tutup inti filing jem tu sampai penuh kemudian titikkan adunan yang bewarna lain atas adunan tadi.. 

Ulang perkara yang sama sampai siap..

Kukus selama 10minit,aku guna api besar dan tudung periuk di balut dengan tuala masa mengukus..