01 Disember, 2015

Cameroon highland edisi cuti sekolah

Ahad baru ni pegi loke in kat ipoh sana nu hubby nak cari tool boxes katanye... Eeh betol ke ejaan aku tu.???  Hahaha x apelah sy budak baru belajar
Masa tengah jalan nak balik tu nampak ade org tengah shooting,rancangan 30 minit bersama ustaz don kot kalo tak silap ditulis kat belakang baju krew diorg aku ni ingatkan org tengah test nak beli camera jadi sambil bejalan tu dok ushar la kat camera diorg rupanya org shooting... Kahkahkah..

Keluar loke in kami terus gerak naik simpang pulai terus ke Cameron highland... Syejuk gile baq hiang sebab sekarang musim ujan.
Hajat nak bawak adik ngan mak masuk taman lavender tu cuma mimpi tingal mimpi je sebabnya orang terlampau banyak sampai paking pon takdak, lain kali jela kita p taman lavender tu macam biasa la tiap² kali dah sampai Cameron nak masuk taman lavender mesti paking takdak bila hari nak ada paking pon tatiau...

Kat sini ade beberapa keping gambo kenang²an kami masa di CH..


Cantik kan bungga ni hehe
"Amek la gamba bagi nampak sana..sana... sana"
muka senyum dapat tangkap rama²
Mak dengan sakinah 
Roha n sakinah
Binatang ni namanya "guenie pig"
Rabbit



jumpa lagi di lain entri..

13 Oktober, 2015

Kuih bakar pandan

Resepi di petang hari, kuih bakar pandan.. Sedap kuih ni..
Takmo banyak cite malas nak najp panjang²... Kat sini ade resepinya sekali..





12 Oktober, 2015

ROTI CANAI KALER MALER



Nak makan ape pagi isnin...
Nak buat nasik lemak, barang tak cukop lebih² lagi kalo bahan utamanya takde mcm mana tu... hahaha.... Ok abaikan...


Buatlah yang mencabar siket... Dan tadaaaa...... Roti canai baq hiang....... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚kalo mak aku bace blog ni kompem dia tekojut sebabnya dlu aku bukanye pandai masak pon, eh ape aku melalut plak ni... Hehe...



Di sebabkan sekarang tengah hot dengan roti canai kaler² gitu aku pon try gak la buat...Tak sangka plak menjadi roti canainya,lembut.... Mlm tadi aku siap buat cicahnya kuah kari nkau joyah.... .


Hahaha mcm tak percaya.... Ape pon alhamdulilah semuanya dah selamat masuk perut...



Akibat terlampau excited Mlm td aku dah goreng 3 dan meninggalkan lebihnya lagi 3 utk pagi ni..


Ok..kat bawah ni ade resepi asal roti canai cuma aku buat ubah suai siket aku tambah pandan emuco utk yg ijo tu dan aku tambah strawberry emulco untuk yg merah² delima tu😁😁😁





Ni lah dia resepi roti canai yang asal...


Selamat mecuba..

05 Oktober, 2015

RESEPI PERCUBAAN

Saje nak share resepi² yang pernah aku buat ikut resepi dari facebook,tq empunya resepinya..
Aku dah pernah try buat

KEK APOLLO






BUTTER MELT CAKE HEAVEN








KEK COKLAT TANPA TELUR




KARIPAP


CREAM PUFF LEMBUT VERSI SAYA





Hai...Entri kalini lain pada yang lain kihkihkih lain ke.???? Aku dan resepi memang tak dapat nak di pisahkan...Kalini saje nak try buat cream puff... Dan hasilnya bagi orang² yang pernah merasa cream puff yang ayuzairen buat tu je ade jawapanya.
Cara buatnya taklah susah mana cuma kena ade kesabaran siket hehe...

Mari aku nak share cara Buat CREAM PUFF LEMBUT versi aku...
Antara bahan² yang aku perlukan adalah: -


5biji telur gread A
2 cawan tepung gandum*
1 sudu tea baking powder*
4 sudu makan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan butter kalo nak pakai mentega pon ok jek...
1/2 penutup esen vanila
Sedikit garam

1) Mula² didihkan gula dengan butter dalam air sampai larut.
2)Ayak bahan bertanda kemudian masukkan dalam air yg dah mendidih, letak sikit garam dan kacau sebati
3) tutup api dan biarkan seketika..
4) pukul telur dengan esen vanila dengan mixder then masukkan doh yg dah suam² kuku tu dalam bekas yg sama mix sampai sebati dengan telo..
5) panaskan oven...masukkan doh dalam piping beg dan bentukkan ikut citarasa memasing...
6) spray doh yang telah di bentukkan tadi tu dulu lepas tu baru masukkan dalam oven ini untuk bagi doh tu mengembang lagi ye...
7) Bakar selama 20 ke 25 minit dengan suhu 180°c ikut saiz doh yang korang buat tadi..(aku mulakan dengan api bawah dan 10 minit yang terakhir tu baru gunakan api atas)



Ni lah dia cream puff yang baru lepas keluar daripada oven n dah sedia nak masukkan inti..





Nin dia chocolate filing..



Setengah orang dia suka cream puff yang rangup n ade setengah orang suka yang lembut n gebu gebas...Cuma kalo nak yang rangup kena kurangkan telur dan tambah bikabonat soda siket,itu jelah...
Aku dah pernah try cream puff kastad filing,choclate filing.. Nanti nak try strawberry,cream cheese dan nutella pulak... Hmmmm....Nyom..nyom..nyom....
Ok setakat ni je cerita pasal cream puff,nanti sambung lagi dalam entri lain.. Okbai Assalamualaikum..

29 September, 2015

Puding pelangi karemel tanpa telur



Mula² buat bahagian karemel dlu.
bahan A
2 sudu besar gula
BAHAN B
1 peket serbuk agar²(aku guna yg 10gm)
1/2 cawan susu segar(Aku pakai jenama dutch lady)
3 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan susu pekat
1/2 sudu tea esen vanila
1 cawan air

Mula² panaskan gula atas api sampai perang tutup api masukkan dalam loyang n samaratakan..
2) masuk semua bahan B masak sampai agak pekat n kemudian curah atas gula hangus tadi..Ketepikan..

Untuk bahagian pelangi aku letak
4 keping roti*
2 cawan susu segar*
3 cawan air*
1/2 cawan gula*
1/2 cawan susu pekat*
1/2 sudu tea esen vaniLa*
2 sudu besar minyak masak*
1 peket² agar² serbuk(kalo nak guna agar² tali pon boleh tp mesti kena sukat air betul²lah..
pewarna merah,ungu,hijau
Serbuk koko dan emulco

1) Didihkan agar²
2)Blend semua bahan bertanda sampai lumat n tuangkan dalam agar² yg dah mendidih tu,kacau sebati supaya tak hangus bawah n berketul²
3) Bahagikan pada beberapa bahagian dan warnakan nak lagi best letak siket perisa dlm salah 1 warna,aku letak coklat emulco dalam adunan koko
4) Letak sikit² adunan warna warni ikut citarasa masing².. Sebelum letak pastikan dilorek terlebih dahulu karemel dgn garfu supaya nanti boleh melekat 1 sama lain(pssst...kena buat cepat² tau uolls proses ni sbb dia cepat beku)
5)ulang buat semua warna sampai siap..
6) Biarkan sejuk baru boleh letak dalam peti ais..
Selamat mencuba resepi puding pelangi karemel tanpa telur by ayuzairen
Senang jeπŸ‘ŒπŸ˜‰



03 September, 2015

Donat cincin



Disebabkan aku ni telampau suka makan Donat jadi aku belajar buat donat...
Mula² kejadian donat aku punyalah keras nak makan pon tak boleh..Tapi aku ni tak putus asa aku belajo buat lagi tak kan nak makan donat je kena tunggu hubbu bawak balik dunkin donat dulu.. kan😄😄😄
Kali kedua buat donat liat lah pulak..Bak kata orang baling kat dinding pon tak pecah..
Kali ke3 aku buat donat lembut,tapi masa tengah panas jela dah sejuk nan hado😝😝😝
Kali ke4 buat donat dah lembut tapi kuat minyak bile makan jadi muak lah pulak...
Kali ke5 aku buat donat baru dapat yang lembut,gebu.. Berjaya.. success... Success..... 👏👏👏



Saje nak cari kelainan jadi aku cipta donat cincin ni,sebab apa aku pangil dia cincin.. sebab dia kecik macam cincin😉
Itu acuan donat cincin yang aku gunakan.. Yang kecik comel tu😀😀



DONAT CINCIN

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR BUTTER
1 SUDU MAKAN YIS MAURIPAN
1 BIJI TELUR AYAM
1 SUDU TEA BREAD IMPROVER
1/2 CAWAN AIR SUAM*
1 SUDU BESAR GULA KASTOR*
1 SUDU BESAR YIS MAURIPAN*

TOPING
GULA KASTOR
GULA AISING
GARAM

CAMPUR BAHAN BERTANDA DAN BIARKAN KEMBANG..
SEMENTARA TU DALAM BEKAS BERLAINAN MASUKKAN TEPUNG,BREAD IMPROVER,TELUR AYAM DAN JUGAK BUTTER GAUL BAGI SEBATI LEPAS TU MASUKKAN YIS KEMBANG..
ULI SAMPAI DOH TAK LEKAT DI TANGAN.. DOH JANGAN TERLAMPAU BANYAK TEPUNG TAKUT KERAS PULAK NANTI SUSAH NAK MENGULI..
PERAP SELAMA 2 JAM MENGUNAKAN KAIN BASAH..
SETELAH 2 JAM TUMBUK² DOH TADI SUPAYA ANGIN YANG ADA KAT DALAM DOH TU KELUAR.. REHATKAN LAGI SETENGAH JAM LEPAS TU BARU BOLEH TERAP GUNA ACUAN DAN BERSEDIA UNTUK MENGORENG..
DI SEBABKAN DONAT NI KECIK² MASA MENGORENG TU TAK LAH LAMA SANGAT,CUKUP SEKADAR NAMPAK KEKUNINGAN DAH BOLEH LA ANGKAT...
BUAT TOPINGNYA PULAK...
DALAM 1 BEKAS BESAR YANG ADE PENUTUP MASUKKAN DONAT YANG DAH SIAP DI GORENG,TABUR SIKIT GULA KASTOR,GULA AISING DAN SEDIKIT GARAM HALUS TUTUPKAN BEKAS TADI DAN GONCANG BEKAS DAN KORANG AKAN KETAHUI HASILNYA..
SENANG BUKAN.???


Yang ni saje aku buat kaler maler untul simpan frozen,resepi yang sama cuma tambah emulco dengan sikit pewarna je..

SELAMAT MENCUBA..

Sampai jumpa di lain² enteri..Assalamualaikum...


28 Ogos, 2015

BERHUTANG MENGIKUT KEPERLUAN ATAU IKUTKAN NAFSU



Entri kali ni lain pada yang lain..

Ia pasal HUTANG
Beberapa bulan lepas dalam asik becakap takmo berutang,di sebabkan 1 insiden terpaksa jugak berhutang kat Ar-rahnu yapiem,hehe.. Ahamdulillah dah bayar balik pon hutang tu.. Lega kot hutang dah bayar...
Takutnya aku kalau mati nanti tapi masih dalam keadaan berhutang,"roh tak lepas selagi hutang belum di lunaskan" dan kesian husband terpaksa bayarkan sudah la semasa hayat banyak buat dosa n dia yang menangung,di tambah plak dengan berhutang.. Kalau sayang husband jangan bebankan husband dengan hutang elaklah diri dari godaan nafsu hutang..Moga² allah panjangkan umur kita dan murahkan rezeki kita supaya kita dapat bayar hutang² kita dimuka bumi ni selagi masih ada hayat..Amin..
Yang baik itu datang dari Allah s.w.t yang buruk itu datang dari diri kita sendiri..

Nak share sikit petikan ni..
 ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

l-Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2-Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3-Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas..”
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –

Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.


27 Ogos, 2015

Special from hubby



Hari selasa aritu hubby kena keje luo.

Macam biase lah tiap² kali keje luo mesti dapat sesuatu n selalunya Donat la baju la kan tapi kalini mcm ade something more special di sebalik donat tu,hehehe kata org rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari dah org bagi kita amek jela n tak kisah la harganya mahal ke murah ke,cantik ke idok ke,bila org dah bagi kita terima jela dengan rela hati dan menghargainya...

Dah lama aku tak dapat kejutan macam ni sebenarnya,kalo terkejut² tu selalu hehe..Taon ni, ini yang pertama rasanya.. Apa² pon thank you kat hubby 😘😘


Donat tu memang tak pernah lupa..

Kata org jika suami bekerja jaoh dan balik belikan seusatu untuk kamu itu tandanya dia tak pernah terlupa isteri... jadi pada isteri² kat luar tu termasuklah diri ni sendiri,relakan lah kalo suami jika dia di tugaskan keluar kawasan jangan nak masam² muka pulak..
Boleh dikatakan semua org yg berkerja pakai Aplikasi masej percuma topap sekali internet sebulan.. Jadi jangan jadikan alasan untuk tidak bermasej dengan pasangan kamu sendiri..

Kalo suami balik tak belikan gift jangan ingat suami tak sayang,tak ingat isteri pulak.. Sebaliknya bersyukurlah sebab dia dah balik dengan kesihatan yang baik mampu bercerita masa dia di sana kepada kamu..

Fikirkan yang baik² tentang pasangan kamu maka yg baik² jugalah akan datang kepada kamu"

Hehehe peace yo ✌✌✌

18 Ogos, 2015

My Tiramisu

Berkat kerajinan harini dapat la sebekas tiramisu yg dah lama angan² nak buat tapi tak buat² sebab banyak naw² halangannye...Kihkihkih😝😝😝

Mula² belajar buat yang simple² dulu,nanti²  buat yang susah² pulak sebab setau aku resepi tiramisu ni pelbagai..
Tanpa membuang masa jom aku nak share bahan²yg aku gunakan dalam tiramisu yang ku buat nih😁😁

TIRAMISU

Biskut jejari
½ cawan Air kopi
250gm non diary whipping cream (aku pakai jenama mauri)
250gm cream cheese (aku pakai tantura)
1 sudu makan gula castor
1 sudu tea esen vanila

1) pukul cream cheese dgn gula kastor sampai gebu ketepikan, pukul pulak whipping cream sampai gebu n kembang kemudian masukkan dalam adunan cream cheese tadi terus kaup balikkan supaya adunan sebati..
2) Celup biskut jejari dalam air kopi,cukup sekadar membasahkan dia je jangan lama² nanti jd lembik pulak..
3) susun dalam bekas Dan letakkan adunan cream cheese kat atas biskut jari,ratakan dan tabur serbuk koko kat atasnya..
4) ulang semula proses celup n letak cream tu ikut bekas korang..
5) Proses last tu boleh la di hias ikut kesukaan masing²...Simpan dalam peti sejuk sebelum di makan..