05 Oktober, 2015

CREAM PUFF LEMBUT VERSI SAYA





Hai...Entri kalini lain pada yang lain kihkihkih lain ke.???? Aku dan resepi memang tak dapat nak di pisahkan...Kalini saje nak try buat cream puff... Dan hasilnya bagi orang² yang pernah merasa cream puff yang ayuzairen buat tu je ade jawapanya.
Cara buatnya taklah susah mana cuma kena ade kesabaran siket hehe...

Mari aku nak share cara Buat CREAM PUFF LEMBUT versi aku...
Antara bahan² yang aku perlukan adalah: -


5biji telur gread A
2 cawan tepung gandum*
1 sudu tea baking powder*
4 sudu makan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan butter kalo nak pakai mentega pon ok jek...
1/2 penutup esen vanila
Sedikit garam

1) Mula² didihkan gula dengan butter dalam air sampai larut.
2)Ayak bahan bertanda kemudian masukkan dalam air yg dah mendidih, letak sikit garam dan kacau sebati
3) tutup api dan biarkan seketika..
4) pukul telur dengan esen vanila dengan mixder then masukkan doh yg dah suam² kuku tu dalam bekas yg sama mix sampai sebati dengan telo..
5) panaskan oven...masukkan doh dalam piping beg dan bentukkan ikut citarasa memasing...
6) spray doh yang telah di bentukkan tadi tu dulu lepas tu baru masukkan dalam oven ini untuk bagi doh tu mengembang lagi ye...
7) Bakar selama 20 ke 25 minit dengan suhu 180°c ikut saiz doh yang korang buat tadi..(aku mulakan dengan api bawah dan 10 minit yang terakhir tu baru gunakan api atas)



Ni lah dia cream puff yang baru lepas keluar daripada oven n dah sedia nak masukkan inti..





Nin dia chocolate filing..



Setengah orang dia suka cream puff yang rangup n ade setengah orang suka yang lembut n gebu gebas...Cuma kalo nak yang rangup kena kurangkan telur dan tambah bikabonat soda siket,itu jelah...
Aku dah pernah try cream puff kastad filing,choclate filing.. Nanti nak try strawberry,cream cheese dan nutella pulak... Hmmmm....Nyom..nyom..nyom....
Ok setakat ni je cerita pasal cream puff,nanti sambung lagi dalam entri lain.. Okbai Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Taip Sini