Blog ini kisah ku diwujudkan pada 2012 ada cerita di sebalik gambar dan ada kenangan di setiap gambar.. Perkongsian ilmu menu resepi dan sebagainya...
20 November, 2013
Kaji dulu
Hai,
Nak bercerita siket tentang buah dalam gambar ni sekadar berkongsi dengan korang..
Ni adalah buah hawa atau lebih dikenali sebagai buah zuriat.Buah ni cukup sinonim dengan orang2 yang belom ade anak macam aku ni ha....
Bile kite dah lama kawen tapi belum punyai anak maka banyaklah mulut kata kita seperti itu seperti ini,mengata itu mengata ini..Lebih menyakitkan hati lagi bila org kata "ish,hg ni dh lama kawen anak xdak pon,hg xmau anak ka hg xblh beranak.? hg x takut laki hg kawen lain ka,pasai org lelaki yg dh bekawen nak anak."
Perit nak terima kata2 orang kata kat kite sampai macam tu skali,kan.
Sesapa yg pernah melaluinya tentu paham bagaimana perasaan seperti dihina tu.
Maka bermulalah episod mencari n mencuba,tak kiralah apa yang org cerita semua buat n ubat bermacam2 jenis ditelan sampai boleh dijadikan koleksi botol2 ubat termasuk jugaklah dengan perubatan tradisional,kapur,sirih,air telaga n yang paling menyedihkan daun pokok bunga yg banyak org tanam atas kubur tu pon sangup ditelan..Padahal semua org tau getah yg terdapat pada daun bunga tu boleh mengakibatkan keracunan. Tapi nak anak punya pasal sangup telan,makan apa saja.
Buah hawa@buah zuriat adalah ikhtiar yg terbaru,ramai org kata buah ni boleh bagi anak jadi aku pon carilah di laman sosial buah ni,hasil pencarian yg ke3 barulah aku jumpak buah ni dengan harga yg murah iaitu 3 bijik RM75.
Aku cukup teruja dengan kata2 org N buah ni sebenarnya,bile dia sampai aku terus belah(Nak membelahnya pon azab sebab buah ni keras) aku rebus n buat stok simpan dalam peti ais..
First time aku minum air ni terasa kelat,payau(rasa macam minum air zam2 pon ade gak) hari kedua aku minum campur dalam Nurbeuty line(minuman pagi aku setiap ari) tak lama lepas tu aku campur dalam madu,4 bulan minum aku mulai putus asa sebab tak berhasil pon n aku berenti daripada minum air buah tu n sekarang dah dekat setaon aku simpan buah tu dlm peti ais.
Baru2 ni aku terjumpa 1 artikal mengatakan yg buah zuriat ni boleh dapatkan anak cuma auta bukan fakta,dia cuma boleh pulihkan tenaga kalo kita minum dengan cara yang betol..
Terasa kecewa yg teramat.
Nasihat aku pada kawan2 yang dah lama kawen tapi takdek anak tu elok selidik dulu la kalo nak makan atau minum barang2 yang kite dengar dari mulot2 org ni n taktau pon apa khasiatnya,sebab kalo sakit ke apa yang menanggung tu badan kite bukan suami atau yang tukang buat atau yg jual ubat tu.. Eloklah kita ikot cara yang terbaik ni "segengam kurma dari suami n segengam lagi dari isteri dicampur dengan segelas susu kambing diblander bersama n diminum sorang setengah dalam gelas yg sama.." Dah sah2 kita tau kurma dgn susu kambing banyak khasiat..
Amalkan kehidupan yang sehat,banyakan minum air kosong,senam,jangan selalu stress,amalkan makan makanan laut seminggu sekali,epal ijau sebijik sehari,makan buah delima. Banyak lagi lah kalo nak sebut..
Tak salah mencuba,apa pon yang paling penting adalah doa..
Dan kebahagian dalam rumahtangga tiap2 orang bukan sebab ada anak atau takde tapi pada hati pasangan masing2.
Wallahhuallam..[微笑]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Taip Sini