15 November, 2013

AL-FATIHAH BUAT ATOK

Salam.....
Aku nak share cerita sedih pulak kali ni..

Pada 18 september 2013 jam 5 pagi masa nak siap2kan persiapan hubby untuk ke tempat keje..
Adik aku bagitau kat whatsapp yg atok dah takde,kebetulan jugak waktu tu makndak tengah online whatsapp jadi aku pon forward je masej tu kat dia jgk.. Kemudiannya aku cheq tepon yang sebijik lagi tu penuh dengan miscall & masej mengatakan atok dah meninggal jam 2 pagi..

6 pagi hubby g keje,pukul 7 dia balik..Dia kata dia amek perlepasan & kami terus balik kampung atok kat kampong gajah,perak... Adoi,jalan sesak pulak hubby kata.. Tapi aku tetap suh betenang.

11:30pg kami sampai rumah atok.. Masa tu arwah dah dibawak ke kubur.. Aku cakap kat hubby "kita terlewat" Sebab sebelum tu pon adik2 n sedaramara dah bagi info dari masa ke semasa..

Masa dirumah atok,aku nampak pakcik balik amik ceret kot tak silap aku N kami follow dia je sebab nak jugak ke kubur..

Walaupon aku tak dapat tengok arwah buat kali terakhir aku bersyukur sebab tau kat mana kubur arwah...Cuma 1 perkara yang buat aku sebak acu kata atok pernah sebut pasal aku dah jarang balik jenguk dia..Sedih pulak rasanya..

Aku dipahamkan arwah atok meninggal lepas beberapa ari koma..Sebelum tu adik2 aku bagitau dah yang atok masuk ICU..Dan kami memang ade niat nak balik kampung jengguk dia tapi allah lebih menyayaginya,atok pegi sebelum kami pegi jenguk dia.... Al-fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. Kat sini ade gambar kenangan ayah,pakcu dgn atok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Taip Sini