25 November, 2013

Majlis pernikahan&persandingan MOHD RIDHUWAN & NURUL WAHIDA

Jom tengok gambo dulu..




























 Maaf,banyak gambar kurang memuaskan disini...
Kalau ade rezeki nanti aku update kenduri yang kat kuala nerang 30 nov ni pulak ye....
    Orait...Pengantin lelaki merupakan sepupu hubby,ape2 pon aku nak bgtau majlis yg aku post ni majlis akad nikah ngan bersanding belah pompuan pade 22&23/11/2013.. ....Pada kedua2 pengantin Tahniah diucapkan n terima kasih kerana jemput kami kemajlis pernikahan & persandingan korang & SELAMAT PENGANTIN BARU









20 November, 2013

Kaji dulu

Hai, Nak bercerita siket tentang buah dalam gambar ni sekadar berkongsi dengan korang.. Ni adalah buah hawa atau lebih dikenali sebagai buah zuriat.Buah ni cukup sinonim dengan orang2 yang belom ade anak macam aku ni ha.... Bile kite dah lama kawen tapi belum punyai anak maka banyaklah mulut kata kita seperti itu seperti ini,mengata itu mengata ini..Lebih menyakitkan hati lagi bila org kata "ish,hg ni dh lama kawen anak xdak pon,hg xmau anak ka hg xblh beranak.? hg x takut laki hg kawen lain ka,pasai org lelaki yg dh bekawen nak anak." Perit nak terima kata2 orang kata kat kite sampai macam tu skali,kan. Sesapa yg pernah melaluinya tentu paham bagaimana perasaan seperti dihina tu. Maka bermulalah episod mencari n mencuba,tak kiralah apa yang org cerita semua buat n ubat bermacam2 jenis ditelan sampai boleh dijadikan koleksi botol2 ubat termasuk jugaklah dengan perubatan tradisional,kapur,sirih,air telaga n yang paling menyedihkan daun pokok bunga yg banyak org tanam atas kubur tu pon sangup ditelan..Padahal semua org tau getah yg terdapat pada daun bunga tu boleh mengakibatkan keracunan. Tapi nak anak punya pasal sangup telan,makan apa saja. Buah hawa@buah zuriat adalah ikhtiar yg terbaru,ramai org kata buah ni boleh bagi anak jadi aku pon carilah di laman sosial buah ni,hasil pencarian yg ke3 barulah aku jumpak buah ni dengan harga yg murah iaitu 3 bijik RM75. Aku cukup teruja dengan kata2 org N buah ni sebenarnya,bile dia sampai aku terus belah(Nak membelahnya pon azab sebab buah ni keras) aku rebus n buat stok simpan dalam peti ais.. First time aku minum air ni terasa kelat,payau(rasa macam minum air zam2 pon ade gak) hari kedua aku minum campur dalam Nurbeuty line(minuman pagi aku setiap ari) tak lama lepas tu aku campur dalam madu,4 bulan minum aku mulai putus asa sebab tak berhasil pon n aku berenti daripada minum air buah tu n sekarang dah dekat setaon aku simpan buah tu dlm peti ais. Baru2 ni aku terjumpa 1 artikal mengatakan yg buah zuriat ni boleh dapatkan anak cuma auta bukan fakta,dia cuma boleh pulihkan tenaga kalo kita minum dengan cara yang betol.. Terasa kecewa yg teramat. Nasihat aku pada kawan2 yang dah lama kawen tapi takdek anak tu elok selidik dulu la kalo nak makan atau minum barang2 yang kite dengar dari mulot2 org ni n taktau pon apa khasiatnya,sebab kalo sakit ke apa yang menanggung tu badan kite bukan suami atau yang tukang buat atau yg jual ubat tu.. Eloklah kita ikot cara yang terbaik ni "segengam kurma dari suami n segengam lagi dari isteri dicampur dengan segelas susu kambing diblander bersama n diminum sorang setengah dalam gelas yg sama.." Dah sah2 kita tau kurma dgn susu kambing banyak khasiat.. Amalkan kehidupan yang sehat,banyakan minum air kosong,senam,jangan selalu stress,amalkan makan makanan laut seminggu sekali,epal ijau sebijik sehari,makan buah delima. Banyak lagi lah kalo nak sebut.. Tak salah mencuba,apa pon yang paling penting adalah doa.. Dan kebahagian dalam rumahtangga tiap2 orang bukan sebab ada anak atau takde tapi pada hati pasangan masing2. Wallahhuallam..[微笑]

15 November, 2013

AL-FATIHAH BUAT ATOK

Salam.....
Aku nak share cerita sedih pulak kali ni..

Pada 18 september 2013 jam 5 pagi masa nak siap2kan persiapan hubby untuk ke tempat keje..
Adik aku bagitau kat whatsapp yg atok dah takde,kebetulan jugak waktu tu makndak tengah online whatsapp jadi aku pon forward je masej tu kat dia jgk.. Kemudiannya aku cheq tepon yang sebijik lagi tu penuh dengan miscall & masej mengatakan atok dah meninggal jam 2 pagi..

6 pagi hubby g keje,pukul 7 dia balik..Dia kata dia amek perlepasan & kami terus balik kampung atok kat kampong gajah,perak... Adoi,jalan sesak pulak hubby kata.. Tapi aku tetap suh betenang.

11:30pg kami sampai rumah atok.. Masa tu arwah dah dibawak ke kubur.. Aku cakap kat hubby "kita terlewat" Sebab sebelum tu pon adik2 n sedaramara dah bagi info dari masa ke semasa..

Masa dirumah atok,aku nampak pakcik balik amik ceret kot tak silap aku N kami follow dia je sebab nak jugak ke kubur..

Walaupon aku tak dapat tengok arwah buat kali terakhir aku bersyukur sebab tau kat mana kubur arwah...Cuma 1 perkara yang buat aku sebak acu kata atok pernah sebut pasal aku dah jarang balik jenguk dia..Sedih pulak rasanya..

Aku dipahamkan arwah atok meninggal lepas beberapa ari koma..Sebelum tu adik2 aku bagitau dah yang atok masuk ICU..Dan kami memang ade niat nak balik kampung jengguk dia tapi allah lebih menyayaginya,atok pegi sebelum kami pegi jenguk dia.... Al-fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. Kat sini ade gambar kenangan ayah,pakcu dgn atok..

13 November, 2013

Smartphone untuk hubby

Oleh kerana tak berpuas hati tengok fon hubby kecik & kerap buat perangai timbul rasa tak puas hati dengan fon tu..

1 hari aku ajak hubby g beli gon baru..Nampaknya dia takde halangan...

Sampai disatu pasaraya kat sungai petani kami jumpak fon yang canggih n murah itu paling penting..

Ni dia pilihan kami...
Smartphone Ninetology model Black pearl 2..Puas hati la sebab fungsinya lebih kurang sama dengan smartphone galaxy aku,bila berinternet laju je.. Selain boleh bermasej dan buat pangilan video fon ini jugak boleh whatsapp,we chat,viber,line,kako talk,facebook,twiter,Instagram,blog & banyak lagi

Sebenarnya aku memamg dah lama simpan niat nak belikan fon baru kat hubby tapi faham2 jelah aku kan surirumah bile ada duit lebih siket2 je nak kena beli itulah ini lah..Jadi bila ada lebih aku terpaksa la selit menyelit sikit2 dalam beg duit,kalau tak buat macam tu tak merasa la nak beli apa2 kan..

Sebenarnya.....
Aku memamg sejak dari zaman bujang2 dulu lagi dah ada sikap suke selit2 duit ni sebabnya kalau masa sesak2 ade jugelah membantu :-)

06 November, 2013

Mee sanggul kuah sup pekat ala2 sizling

Resepi ni mudah,ringkas,cepat siap tapi yang paling penting sekali sodap..

1 biji telo
Isi ayam
1 pokok sawi
1 bijik bawang beso
2 ulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
Fish ball
Serbuk lada sulah Air
Kiub pati ayam
Sikit minyak
Mee sanggul yg dah di celur
Telo ayam sebijik

Proses pembuatan

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dengan besa sampai naik bau..
Masukkan isi ayam dengan fish ball.
Masukkan air dan kiub pati ayam,biarkan mendidih..
Lepas tu masukan sawi n tepung jagung dengan serbuk lada sulah jugak garam jika kurang masin.
Pecahkan sebijik telo dan biarkan mendidih sekejap...

Tuangkan atas mee sanggul yang dah di celur tadi...
Kalo korang nak campur masa kuah tengah mendidih tadi pon takpe,ikot kreativiti korang la ek...

05 November, 2013

Laksa sotong

Petang semalam hubby kelua bayar bil wifi..

Mase tengah dok tunggu dia balik tu teringat laksa sotong kat taman belakang tu,kalo dia balik nanti nak ajak dia kesitu lah kata dalam hati..

Tak lama lepas tu dah dengar bunyik kete hubby balik..

Tengok2 dia balik bawak balik laksa,laksa sotong...
Tapi laksa yang hubby beli ni bkn laksa yg kami pernah makan tu...Tak banyak beza dengan laksa tu cuma kuah je masam siket (maklomlah lain tuan)

Nanti aku update pasal laksa sotong yang kami selalu makan tu pulak ye..

Raya haji di bagan serai

Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki semula di kampung ayah kat bagan serai perak setelah 13 tahun tak kesana....
Kat sini ada la beberapa keping gambo rumah2 yang kami dah pegi beraya masa kat bagan serai tempoh ari...