19 Januari, 2016

Tiramisu nestom

Kalini tiramisu plak..
Dah seminggu badan ni tak berapa nak sihat je rasanya...Makan pon takdek selera,pahit² mulut je kenapa entah lah nak memasak pon ikut mood😜

Di sebabkan cheese tu dah lama dalam peti ais aku pon ushar resepi yang simple² je nak buat..
Bahan² semua ada kecuali biskut jari tak ade...... Tapi ade biskut krim kraker... huhuhuiiiiii jadiklah sama jugak rasa dia.. So aku pon mulakan dengan kumpulkan bahan² n sediakan loyang mana nak pakai huhuiii...
Benda ni mudah sebab tak perlu bako ataupon kukus..

TIRAMISU MILO NESTOM

1 peket krim kraker (aku tak guna semua)
1 bungkus milo(tak pakai semua)
1/2 cawan susu pekat (kena kurangkan sikit sebab terlalu manis)
200ml non diary whiping cream
Nestom bergantung banyak mana nak pakai.

1) Putar whipping cream sampai kembang n kental kemudian letak tepi..
2) Dalam bekas berlainan pukul creAm cheese sampai licin lepas tu masukkan susu,pukul sampai susu dah sebati dengan cream cheese boleh la berenti putar(dia akan nampak mcm berbuih²)
3)campurkan adunan cream cheese dalam bekas whipping cream n kaup balikkan sehingga sebati..
4) Susun biskut dalam loyang, lepas tu ratakan dengan cream cheese,tabur milo lepas tu ulang letak biskut sampai adunan cheese tadi habis..
5) Last sekali tabur nestum n milo..
6) Tutup dengan plastic wrap n simpan dalam peti sejuk...

Adunan cheese aku buat ni termanis sikit so lepas kena kurangkan sikit susu pekat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Taip Sini