10 Oktober, 2013

Apam polkadot with creamy peanut butter

Bahan2

3 atau 4 biji telur ayam (ikot saiz)
2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 sudu overlate
1/4 tin susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan majerin
1 sudu esen vanila
Pewarna n perisa ikot kesukaan
Creamy peanut butter untuk inti dlmnya
Papercup secukopnya
Acuan kuih lompag
Plastik

Cara2 membuatnya

1)Pukul majerin dgn gula sampai kembang diikuti dgn memukul telo,overlate dgn susu.. Pukul sampai nampak putih n ringan..

2) setelah tu ayak tepung dgn serbuk penaik dlm 1 bekas yg besar kemudian tuangkan bahan2 yg di pukul kembang tadi kedalam tepung n kacau sebatikan..(kalo nak mudah guna je tepung naik sendiri)

3) bahagikan pada beberapa bahagian n warnakan..

4) panaskan periuk pengukus dgn api sederhana..

5) masukan dlm plastik n tebuk buat lubang kecik di belah bawah plastik mulakan proses bahagian bawahnya dahulu.. Picitkan sikit saja adunan kemudian letak inti,tutup inti dgn picit sikit adunan lagi..(jangan letak terlalu banyak sebab takot nanti masa mengukus apam ni naik mengembang plak,dah tak cantik pulak nanti)

6) Akhir sekali proses mendoting..
Pastikan jugak masa masukan adunan dalam papercup tu dah letak papercup dlm acuan kuih lompang terlebih dahulu ok..

7) kukus selama 15 minit.. Jgn kukus terlampau lama ini akan mengakibatkan apam jadi merekah kang jadi apam mekar plak,hihi..

8) kuih sedia di ngap.. Hehe.
Selamat menerai kenkawan semua..

Tips: masa mengukus penutup periuk tu tutup dulu dgn tuala supaya wap dari tudung periuk tu tak jatuh atas kuih yang akan mengakibatkan kuih jadi penyet...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Taip Sini