26 Disember, 2013

Simple Pizza pizz zuss

Petang tadi terpikir nak cabar diri sendiri belaja buat pizza..Asik makan yang orang buat je apa kata makan yang sendiri buat plak,bahan2 lain kira,pakai je apa yang ade dulu..

Maka terhasil lah "Pizza piz zus"
Kenapa nama dia pizza piz zus.. sebab bahan2 aku gunakan cuma seadanya je..

Bahan2
1 bijik telo(dipukul dlm 1 bekas)
2 cawan tepong gandum
1 paket mauripan
1 sudu majerin
2 sudu susu pekat
Garam secukop rasa
200ml air
Sos cili
Sos pasta(aku guna jenama kimball)
Sosej di potong siap2
Mayonis
Sebijik bawang poyong dadu
Bijik bijan sebagai hiasan.

Cara pembuatan.

Mula2 buat doh..
Pukul telo sampai kembang lepas tu dalam bekas lain campokan susu,mauripan dgn air panas tadi & kacau sampai bebuih lepastu masukan tepung,majerin,garam dengan telo n kacau sampai jadi doh(aku guna tangan je malas nak guna mesin)

Bila doh dah siap rehatkan seminit dua supaya dia kembang.. Bila dah kembang tumbuk2kan bagi kempis n terap guna pengelek n bentukan.. Tepulang la kat korang nak buat pizza bentuk macam mane kan.....Bila dah siap,simpan sekejap dalam peti sejuk...

Sekarang proses terakhir.
Keluarkan doh dari peti sejuk n terus letak bahan2 seperti sos,sos pasta,mayonis,bawang,bijan dengan sosej atas doh..

Sementara tengah buat tu jangan lupa panaskan oven telebih dulu dan dulang pembakar haruslah disapu majerin terlebih dulu kalo tak nanti melekat pulak..

Bakar selama 45-50 minit bergantung pada saiz dan tebal pizza yang korang buat..

Pizza aku buat ni Alhamdulilah lembut je macam yang beli punya,cuma bezanya takde chease...Kalo ikot cara yang betol InsyaAllah doh pizza tak keras..Selamat membaca dan jangan lupa try orait..

Wasalam..

Pesta pineng 2013

Amboi.........
Lama rasenya aku tak mengupdate blog aku ni,berabok dah hehe...

Nak share gamba masa kami kat pesta pineng semalan je..

Orang boleh tahan ramai,harge barang pon boleh tahan mahal.. Air minuman yang selalu kite beli dipasar malam kan hanya seringit disana harganya 2 hingit dikkk(dipasar malam tempat aku lah seeingit tapi diipoh RM2 jugak.)

Tempat yang paling menarik perhatian orang ramai aku tengok dekat tempat ade pokok2 lampu yg ade ala2 ICT tu...

Tapak tempat main pon dah berubah,kalo dulu pijak batu2 sekarang pijak lantai simen dik..(lantai batu ke lantai simen ke,aku g main tikam kat situ tetap tak pernah menang anak patong)

Dah puas bejalan lat tapak pesta pineng kami pon balik.. Sebelom balik aku nampak ade org jual jam harge RM10 aku rase bende tu dah cukop murah,tunggu ape lagi dah tinggal siket jom pegi beli.....

Dapat la jam sebijik tak yah susah g nilai beli jam macam tu kat sini pon ade..

Oklah,itu saje cerita dari aku kali ni...

25 November, 2013

Majlis pernikahan&persandingan MOHD RIDHUWAN & NURUL WAHIDA

Jom tengok gambo dulu..




























 Maaf,banyak gambar kurang memuaskan disini...
Kalau ade rezeki nanti aku update kenduri yang kat kuala nerang 30 nov ni pulak ye....
    Orait...Pengantin lelaki merupakan sepupu hubby,ape2 pon aku nak bgtau majlis yg aku post ni majlis akad nikah ngan bersanding belah pompuan pade 22&23/11/2013.. ....Pada kedua2 pengantin Tahniah diucapkan n terima kasih kerana jemput kami kemajlis pernikahan & persandingan korang & SELAMAT PENGANTIN BARU









20 November, 2013

Kaji dulu

Hai, Nak bercerita siket tentang buah dalam gambar ni sekadar berkongsi dengan korang.. Ni adalah buah hawa atau lebih dikenali sebagai buah zuriat.Buah ni cukup sinonim dengan orang2 yang belom ade anak macam aku ni ha.... Bile kite dah lama kawen tapi belum punyai anak maka banyaklah mulut kata kita seperti itu seperti ini,mengata itu mengata ini..Lebih menyakitkan hati lagi bila org kata "ish,hg ni dh lama kawen anak xdak pon,hg xmau anak ka hg xblh beranak.? hg x takut laki hg kawen lain ka,pasai org lelaki yg dh bekawen nak anak." Perit nak terima kata2 orang kata kat kite sampai macam tu skali,kan. Sesapa yg pernah melaluinya tentu paham bagaimana perasaan seperti dihina tu. Maka bermulalah episod mencari n mencuba,tak kiralah apa yang org cerita semua buat n ubat bermacam2 jenis ditelan sampai boleh dijadikan koleksi botol2 ubat termasuk jugaklah dengan perubatan tradisional,kapur,sirih,air telaga n yang paling menyedihkan daun pokok bunga yg banyak org tanam atas kubur tu pon sangup ditelan..Padahal semua org tau getah yg terdapat pada daun bunga tu boleh mengakibatkan keracunan. Tapi nak anak punya pasal sangup telan,makan apa saja. Buah hawa@buah zuriat adalah ikhtiar yg terbaru,ramai org kata buah ni boleh bagi anak jadi aku pon carilah di laman sosial buah ni,hasil pencarian yg ke3 barulah aku jumpak buah ni dengan harga yg murah iaitu 3 bijik RM75. Aku cukup teruja dengan kata2 org N buah ni sebenarnya,bile dia sampai aku terus belah(Nak membelahnya pon azab sebab buah ni keras) aku rebus n buat stok simpan dalam peti ais.. First time aku minum air ni terasa kelat,payau(rasa macam minum air zam2 pon ade gak) hari kedua aku minum campur dalam Nurbeuty line(minuman pagi aku setiap ari) tak lama lepas tu aku campur dalam madu,4 bulan minum aku mulai putus asa sebab tak berhasil pon n aku berenti daripada minum air buah tu n sekarang dah dekat setaon aku simpan buah tu dlm peti ais. Baru2 ni aku terjumpa 1 artikal mengatakan yg buah zuriat ni boleh dapatkan anak cuma auta bukan fakta,dia cuma boleh pulihkan tenaga kalo kita minum dengan cara yang betol.. Terasa kecewa yg teramat. Nasihat aku pada kawan2 yang dah lama kawen tapi takdek anak tu elok selidik dulu la kalo nak makan atau minum barang2 yang kite dengar dari mulot2 org ni n taktau pon apa khasiatnya,sebab kalo sakit ke apa yang menanggung tu badan kite bukan suami atau yang tukang buat atau yg jual ubat tu.. Eloklah kita ikot cara yang terbaik ni "segengam kurma dari suami n segengam lagi dari isteri dicampur dengan segelas susu kambing diblander bersama n diminum sorang setengah dalam gelas yg sama.." Dah sah2 kita tau kurma dgn susu kambing banyak khasiat.. Amalkan kehidupan yang sehat,banyakan minum air kosong,senam,jangan selalu stress,amalkan makan makanan laut seminggu sekali,epal ijau sebijik sehari,makan buah delima. Banyak lagi lah kalo nak sebut.. Tak salah mencuba,apa pon yang paling penting adalah doa.. Dan kebahagian dalam rumahtangga tiap2 orang bukan sebab ada anak atau takde tapi pada hati pasangan masing2. Wallahhuallam..[微笑]

15 November, 2013

AL-FATIHAH BUAT ATOK

Salam.....
Aku nak share cerita sedih pulak kali ni..

Pada 18 september 2013 jam 5 pagi masa nak siap2kan persiapan hubby untuk ke tempat keje..
Adik aku bagitau kat whatsapp yg atok dah takde,kebetulan jugak waktu tu makndak tengah online whatsapp jadi aku pon forward je masej tu kat dia jgk.. Kemudiannya aku cheq tepon yang sebijik lagi tu penuh dengan miscall & masej mengatakan atok dah meninggal jam 2 pagi..

6 pagi hubby g keje,pukul 7 dia balik..Dia kata dia amek perlepasan & kami terus balik kampung atok kat kampong gajah,perak... Adoi,jalan sesak pulak hubby kata.. Tapi aku tetap suh betenang.

11:30pg kami sampai rumah atok.. Masa tu arwah dah dibawak ke kubur.. Aku cakap kat hubby "kita terlewat" Sebab sebelum tu pon adik2 n sedaramara dah bagi info dari masa ke semasa..

Masa dirumah atok,aku nampak pakcik balik amik ceret kot tak silap aku N kami follow dia je sebab nak jugak ke kubur..

Walaupon aku tak dapat tengok arwah buat kali terakhir aku bersyukur sebab tau kat mana kubur arwah...Cuma 1 perkara yang buat aku sebak acu kata atok pernah sebut pasal aku dah jarang balik jenguk dia..Sedih pulak rasanya..

Aku dipahamkan arwah atok meninggal lepas beberapa ari koma..Sebelum tu adik2 aku bagitau dah yang atok masuk ICU..Dan kami memang ade niat nak balik kampung jengguk dia tapi allah lebih menyayaginya,atok pegi sebelum kami pegi jenguk dia.... Al-fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. Kat sini ade gambar kenangan ayah,pakcu dgn atok..

13 November, 2013

Smartphone untuk hubby

Oleh kerana tak berpuas hati tengok fon hubby kecik & kerap buat perangai timbul rasa tak puas hati dengan fon tu..

1 hari aku ajak hubby g beli gon baru..Nampaknya dia takde halangan...

Sampai disatu pasaraya kat sungai petani kami jumpak fon yang canggih n murah itu paling penting..

Ni dia pilihan kami...
Smartphone Ninetology model Black pearl 2..Puas hati la sebab fungsinya lebih kurang sama dengan smartphone galaxy aku,bila berinternet laju je.. Selain boleh bermasej dan buat pangilan video fon ini jugak boleh whatsapp,we chat,viber,line,kako talk,facebook,twiter,Instagram,blog & banyak lagi

Sebenarnya aku memamg dah lama simpan niat nak belikan fon baru kat hubby tapi faham2 jelah aku kan surirumah bile ada duit lebih siket2 je nak kena beli itulah ini lah..Jadi bila ada lebih aku terpaksa la selit menyelit sikit2 dalam beg duit,kalau tak buat macam tu tak merasa la nak beli apa2 kan..

Sebenarnya.....
Aku memamg sejak dari zaman bujang2 dulu lagi dah ada sikap suke selit2 duit ni sebabnya kalau masa sesak2 ade jugelah membantu :-)