07 Oktober, 2014

Apom warna warni

Mudah je rupanya cara nak buat apom warna warni tu...  Semudah 123 kate ko ;-P

Selama ni aku memang tak minat makan apom sebab dia suka melekit2 atas lelangit masa makan.. 

Tapi bile dah try buat sekali jadi seronok pulak makan, rase sedap pulak,sampai dua kali lah aku buat apom ni.. 

Di cicah pulak dengan kelapa campur jagung memang perghhhh... 

Resepinya Apom Wonna Wonni

1 cawan nasik sejuk
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu tea mauripan
1 1/4 cawan air
1/2 cawan gula
Beberapa pewarna pilihan
Cara membuatnya
1) Ayak tepung gandum dengan tepung beras kedalam 1 bekas yg besar.
2) Letak kan bersama2 dengan mauripan dan biarkan.
3) blander nasik putih, air dan jugak nasik sejuk tadi  sampai lumat.
4) Tuangkan bahan blander dalam tepung jugak mauripan tadi.
5) gaul sebatikan dan tutup dengan plastik wrap
6) perap selama 3 jam.
7) setelah 3 jam bahagikan adunan kepada beberapa bahagian utk di warnakan(aku pilih 4 jenis warna)
8) Masukan dalam bekas acuan kecik2 dan kukus lah selama 10 minit
9) kukus guna api yang besar,jangan lupa penutup periuk haruslah di baluti dengan kain semasa mengukus.
Selamat menerai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Taip Sini