12 November, 2014

Geng AADK with isteri Jalan2,berkelah di pantai merdeka 8nov2014

Seronoknya dapat bejalan ramai2 kat pantai merdeka..

Konvoi 6 bijik kereta bersamaan dgn 6 keluarga,mmg meriah kate ko...

Masing2 bawak lauk sorang siket..Aku bawak ayam goreng dgn sambal petai serta buah2..

Yang lain2 ade yg bawak nasik,gulai,ikan,sotong,ulam2,sambal n lain2 lah.. cukop meriah sebab  masing2 bawak n takde collect2 duit mcm sesetengah tu...

Ok...
Kat sini ade beberapa keping gamba aku nak share..
Jom...

07 Oktober, 2014

Kek marble trio

Hai....
Lamanya tak update blog... 
Kalini nak tayang gambar kek marble trio plak..
Kek ni nampak macam mudah buat tapi hakikatnya amat payah kalo tesalah langkah..
Dari mengadun sampai lah melorek semuanya kena bagi sepenuh perhatian buat yg first time melakukanya... 
Tapi kalo dah pernah buat sekali,kali kedua buat tak kekok sangat dah kot..  Hehe ;-P

Apom warna warni

Mudah je rupanya cara nak buat apom warna warni tu...  Semudah 123 kate ko ;-P

Selama ni aku memang tak minat makan apom sebab dia suka melekit2 atas lelangit masa makan.. 

Tapi bile dah try buat sekali jadi seronok pulak makan, rase sedap pulak,sampai dua kali lah aku buat apom ni.. 

Di cicah pulak dengan kelapa campur jagung memang perghhhh... 

Resepinya Apom Wonna Wonni

1 cawan nasik sejuk
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu tea mauripan
1 1/4 cawan air
1/2 cawan gula
Beberapa pewarna pilihan
Cara membuatnya
1) Ayak tepung gandum dengan tepung beras kedalam 1 bekas yg besar.
2) Letak kan bersama2 dengan mauripan dan biarkan.
3) blander nasik putih, air dan jugak nasik sejuk tadi  sampai lumat.
4) Tuangkan bahan blander dalam tepung jugak mauripan tadi.
5) gaul sebatikan dan tutup dengan plastik wrap
6) perap selama 3 jam.
7) setelah 3 jam bahagikan adunan kepada beberapa bahagian utk di warnakan(aku pilih 4 jenis warna)
8) Masukan dalam bekas acuan kecik2 dan kukus lah selama 10 minit
9) kukus guna api yang besar,jangan lupa penutup periuk haruslah di baluti dengan kain semasa mengukus.
Selamat menerai..

15 Ogos, 2014

Majlis pernikahan dan persandingan Nazurah & Umar Hasan 8/8 & 9/8/2014

Kat sini ada beberapa keping gambar kenang2an masa balik makan kenduri sepupu aku jumaat dan sabtu lepas..

Majlis simple tapi meriah sebab apa yg aku nampak semua ahli keluarga sanak saudara,kulaan berataan pengantin perempuan yg jauh mahupon dekat datang memeriahkan majlis.... 

Jom tengok gambar2 pengantin dari majlis nikah sampai bersanding..

Semoga ikatan yg telah dibina akan berkekalan sepanjang hayat,berbahagia ke ank cucu..